
Sulfur merupakan salah satu daripada lima nutrien asas yang penting untuk pertumbuhan tumbuhan. Amalan pembajaan tanaman patut selalu menyediakan jumlah sulfur yang mencukupi. Di mana terdapat kekurangan sulfur, pembajaan dengan sulfur boleh meningkatkan hasil tanaman sebanyak 10 – 50%. Kekurangan sulfur adalah lebih meluas berbanding dengan yang dinyatakan tetapi boleh diperbaiki dengan baja ammonium sulfat atau kieserite (magnesium sulfat).
Ammonium sulfat adalah baja sulfur yang ekonomik yang mengandungi 21% N dan 24% S. Kieserite (magnesium sulfat) adalah baja yang mengandungi 27% MgO dan 22% S. Dua jenis baja ini boleh digunakan sebagai baja tunggal ataupun digunakan sebagai bahan mentah dalam baja sebatian atau baja campur.
Keseimbangan nutrien adalah kunci pengeluaran tanaman pertanian yang menguntungkan. Keseimbangan nutrien bermakna menyuburkan tanaman dengan khasiat tumbuhan yang diperlukan untuk mengekalkan tahap pengeluaran terutamanya nitrogen, fosforus, kalium, sulfur, magnesium, unsur mikro dan sekundur.
Baja Sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K memenuhi keperluan ini untuk meningkatkan hasil buah sawit. Pekebun-pekebun seperti Abdul Wahab Ismail, Tew Han Kiong dan Mat Roslan Abdullah boleh mencapai hasil melebihi 30 tan/perhektar/setahun dengan menggunakan Baja Sawit MPOB F1.