Kandungan Nutrien K Yang Tinggi
MPOB telah merumuskan baja sawit MPOB F1 Xtra K dengan kandungan Kalium (K) yang lebih tinggi untuk kegunaan dikawasan yang mengandungi rendah K serta kawasan yang berpenghasilan tinggi. MPOB F1 Xtra K dapat mengembalikan kalium yang hilang bersama hasil BTB yang tinggi.
Sama seperti baja sawit MPOB F1, baja sawit MPOB F1 Xtra K dibuat secara pemampatan kering (dry compaction) dengan menggunakan bahan mentah yang bermutu tinggi. Bezanya, baja MPOB F1 Xtra K mengandungi 25% lebih K dari MPOB F1. Hasil dari proses pemampatan kering ini ialah butiran baja sebatian yang mampat dan keras yang dapat bertahan di dalam tanah selama 6 bulan dan bertindak sebagai baja pelepasan perlahan (slow release).
Formulasi baja sebatian MPOB F1 Xtra K serta bahan mentah yang digunakan untuk membuatnya adalah seperti Jadual 1.
Baja sawit MPOB F1 Xtra K dibuat menggunakan Ammonium Sulfat (AS) sebagai punya Nitrogen. AS adalah lebih setabil berbanding punca Nitrogen yang lain seperti Urea dan Ammonium Nitrat. Di-Ammonium Phosphate (DAP) pula digunakan sebagai punca fosfat (P) kerana ia lebih larut air berbanding batuan fosfat (phosphate rock). Punca bahan Kalium (K) pula ialah dari Muriate of Potash, Magnesium (Mg) dari Kieserite dan Boron dari borax.