UNION HARVEST telah memulakan perniagaan baja dan kimia industri sejak tahun 1975 dan kini merupakan salah sebuah syarikat perniagaan baja yang terkemuka di Malaysia. Syarikat kami juga merupakan ejen tunggal serta wakil untuk beberapa pengeluar baja terkemuka di dunia.
Pada masa ini, syarikat kami mengeluarkan baja sebatian yang dibuat melalui proses kering dibawah tekanan tinggi yang dinamakan BAJA SEBATIAN KOMPAK sebanyak 120,000 ton setahun.
Baja sebatian kompak yang dikeluarkan berasaskan baja tunggal Ammonium Sulfat untuk unsur nitrogen (N). Nitrogen daripada AMMONIUM SULFAT boleh disimpan lebih lama dalam tanah berbanding dengan sumber nitrogen yang lain seperti ammonium nitrat atau urea.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), melalui penyelidikan selama 20 tahun telah berjaya menghasilkan formulasi baja seimbang untuk tanaman kelapa sawit yang dinamakan BAJA SAWIT MPOB F1 dan BAJA SAWIT MPOB F1 Xtra K.