MPOB F1

Baja Sawit Terbaik

  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Proses Pemadatan
  • MPOB F1
  • MPOB F1 Xtra K
  • Hubung Kami
  • Berita
  • [English]

Baja Sawit MPOB F1 dinaik taraf dengan Baja Fosfat Bayovar

Oil palm tree with many fresh fruit bunches

Union Harvest telah meningkatkan kualiti baja sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K dengan menggunakan baja Bayovar Rock Phosphate sebagai sumber fosfat.

Penyelidikan baja sepanjang tempoh 5 tahun telah menunjukkan bahawa penggunaan baja batuan fosfat yang sangat reaktif seperti Bayovar Rock Phosphate boleh meningkatkan hasil sawit sebanyak 11% jika dibandingkan dengan menggunakan baja batuan fosfat sederhana reaktif.

Satu lagi penyelidikan oleh FGV juga membandingkan keberkesanan baja batuan fosfat reaktif yang tinggi terhadap baja batuan fosfat reaktif yang rendah di telapak pokok sawit muda.

Syarikat perladangan yang besar seperti Kuala Lumpur Kepong Bhd, Boustead Plantations, IOI Plantations, Genting Plantations, KULIM Plantations, TSH Plantations, TDM Plantations, Felda dan lain-lain lagi telah menggunakan baja fosfat Bayovar di ladang sawit mereka untuk meningkatkan hasil.

high reactive rock phosphate fertilizer pouring into an open palm

Baja Fosfat Yang Sangat Reaktif

Baja sebatian MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K adalah satu-satunya di Asia yang mempunyai baja batuan fosfat Bayovar sebagai sumber fosfat. Selain itu, baja sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K terdapat juga baja fosfat larut dalam air yang menyediakan nutrien P segera untuk meningkatkan pengambilan nutrien N dan K ke pokok sawit.

Dengan menggunakan kedua-dua baja batuan fosfat Bayovar dan baja fosfat larut dalam air sebagai bahan mentah dalam baja sebatian MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K, kami ingin membantu para pelanggan kami meningkatkan buah berat tandan dan mencapai hasil yang lebih tinggi dan konsisten.

 

Filed Under: Berita, Maklumat Tagged With: baja sawit, Bayovar

Hari Terbuka MPOB Kluang

 

19hb Mac 2013 berlangsungnya Hari Terbuka Stesen Penyelidikan MPOB Kluang.  Union Harvest dijemput untuk sama-sama menyertai Majlis tersebut.  Gerai pameran Union Harvest menyediakan khidmat pengenalan produk dan penerangan lanjut mengenai baja sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K serta produk-produk lain keluaran Union Harvest.

 

 

 

 Sambutan dari pengunjung yang tidak putus-putus bilanganya dari mula hingga tamat acara perasmian Stesen MPOB Kluang.

 

Pengenalan dan penerangan produk MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K oleh En. Hassan Saman.  Pelbagai soalan diajukan oleh pengunjung bagi mendapatkan maklumat mengenai baja butiran MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K.

 

Pemberian sampel MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K juga diberi kepada semua pengunjung yang bertandang ke khemah pameran Union Harvest Sdn. Bhd.

 

 

Majlis tersebut berjaya mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 1500 ahli peneroka dan juga keluarga dari daerah-daerah yang berdekatan Kluang.  Program Hari Terbuka MPOB ini banyak membantu para peneroka mendapat manfaat dan juga ilmu bagi meningkatkan hasil pengeluaran sawit mereka.

 

 

 

 

 

 

Filed Under: Berita Tagged With: baja sawit, mpob

HUBUNG KAMI

Union Harvest Sdn. Bhd.
Tel : +603-7957 2122     Fax : +603-7957 2630

Baca Lagi

Copyright © 2025 · created by gen1one.com ·