19hb Mac 2013 berlangsungnya Hari Terbuka Stesen Penyelidikan MPOB Kluang. Union Harvest dijemput untuk sama-sama menyertai Majlis tersebut. Gerai pameran Union Harvest menyediakan khidmat pengenalan produk dan penerangan lanjut mengenai baja sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K serta produk-produk lain keluaran Union Harvest.


Sambutan dari pengunjung yang tidak putus-putus bilanganya dari mula hingga tamat acara perasmian Stesen MPOB Kluang.

Pengenalan dan penerangan produk MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K oleh En. Hassan Saman. Pelbagai soalan diajukan oleh pengunjung bagi mendapatkan maklumat mengenai baja butiran MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K.

Pemberian sampel MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K juga diberi kepada semua pengunjung yang bertandang ke khemah pameran Union Harvest Sdn. Bhd.
Majlis tersebut berjaya mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 1500 ahli peneroka dan juga keluarga dari daerah-daerah yang berdekatan Kluang. Program Hari Terbuka MPOB ini banyak membantu para peneroka mendapat manfaat dan juga ilmu bagi meningkatkan hasil pengeluaran sawit mereka.


