BAJA FOSFAT YANG SANGAT REAKTIF LEBIH BAIK UNTUK PERTUMBUHAN DAN PENGHASILAN SAWIT.
Sebuah pusat penyelidikan pertanian terkemuka didalam negara telah menjalankan percubaan diladang sawit diatas tanah siri Bungor dengan menggunakan tiga jenis Fosfat (P) dari punca yang berlainan iaitu Jordanian Rock Phosphate yang sederhana reaktif (medium reactive), Fosfat yang sangat reaktif (highly reactive) dari Amerika Selatan dan Triple Super Phosphate (TSP) serta satu plot kawalan tanpa Fosfat.
Hasil kajian yang dibentangkan oleh Ng et al. pada tahun 2010 telah menunjukkan bahawa pokok sawit dari plot yang dibaja dengan fosfat yang sangat reaktif (highly reactive) dari Amerika Selatan memberikan hasil 9% atau bersamaan dengan 1.7 tan/ha/tahun lebih tinggi dari pokok sawit dari plot yang dibaja dengan Jordanian Rock Phosphate, dalam jangka masa 3 tahun.
Malahan pertambahan hasil yang lebih tinggi sebanyak 11% atau bersamaan 2.6 tan/ha/tahun ditunjukkan oleh pokok-pokok diplot yang dibaja dengan fosfat dari Amerika Selatan berbanding dengan plot yang ditabur dengan Jordanian Rock Phosphate, pada tahun ketiga penuaian atau tahun ke 5 ditanam.
Jadual 1: Hasil BTB (Buah Tandan Baru) Bagi Pokok Berumur 5 Tahun (49 ke 60 bulan) Dengan Sumber Fosfat Yang Berbeza:
| Sumber Fosfat (Kereaktifan) | BTB (tan/ha/tahun) Bulan 49 hingga ke 60 (Tahun ke 5) | BTB (tan/ha/tahun) Purata Bulan 25 hingga ke 60 |
|---|---|---|
| Tiada | 22.2 A | 18.1 A |
| MRP | 23.3 AB | 19.2 A |
| HRP | 25.9 B | 20.9 A |
| TSP | 24.9 AB | 20.1 A |
* Ng. et al. (2010), p. 11
MRP – Jordan Rock Phosphate
HRP – South America Rock Phosphate
TSP – Triple Superphosphate
Keputusan diatas menandakan bahawa kita perlu melihat kepada baja fosfat yang sangat reaktif (highly reactive) dari Amerika Selatan sebagai alternatif kepada batuan fosfat yang biasa dan rendah reaktif (low reactive).
Baja fosfat yang sangat reaktif boleh juga menggantikan baja superphosphates yang lebih mahal kerana ia lebih baik dari segi agronomi dan ekonomi.
Reference:
Patrick Ng, H. C. , Goh, K. J. , Gan, H. H. , Yacob, S. and Zaharah, A. R. (2010) The Use of Phosphate Rocks For Growing Mucuna Bracteata in Oil Palm Legume Systems To Enhance Sustainability.
