Fungsi-fungsi utama sulfur di dalam tumbuhan adalah:
- Pembentukan protein melalui asid amino (sistin, metionin dan glutamin) yang mana tidak boleh disintesis apabila bekalan sulfur tumbuhan kekurangan.
- Pembentukan bahan berwarna hijau di dalam tumbuhan (klorofil), yang membolehkan penghasilan kanji dan gula di dalam daun melalui penggunaan tenaga suria dan matahari (fotosintesis).
- Meningkatkan mutu tumbuhan seperti kandungan minyak dan warna sayuran.
- Meningkatkan nilai zat pemakanan bagi tanaman makanan ternakan.

Penyerapan Ammonium Sulfat Oleh Tanaman
Sebab-sebab Kekurangan Sulfur:
- Kehabisan simpanan sulfur tanah yang disebabkan oleh pengambilan sulfur yang tinggi untuk penghasilan tanaman yang tinggi.
- Perubahan dari baja nitrogen dan magnesium yang mengandungi sulfur seperti Ammonium Sulfat dan Kieserite (Magnesium Sulfat) kepada gred baja N dan MgO lain yang tidak mengandungi sulfur seperti Urea, Ammonium Nitrat dan batu kapur (GML).
- Peningkatan larut resap disebabkan oleh pertambahan kemudahan sistem pengairan.Kekurangan sulfur dalam atmosfera menerusi penurunan pembebasan SO2 dari kawasan perindustrian dan kenderaan.

Ringkasan Kitaran Sulfur
Pokok sawit menyerap nitrogen dalam bentuk nitrat. Ammonium sulfat yang digunakan ditukar ke bentuk nitrat N melalui tindakan bakteria tanah menjadi tersedia untuk pokok-pokok sawit. Di sinilah sebabnya mengapa Ammonium Sulfat dan Kieserite (magnesium sulfat) digunakan akan menghasilkan keputusan yang baik, terutama di kawasan bukit.
Penyelidik menyedari bahawa apa yang dikatakan sebagai kekurangan nitrogen sebenarnya adalah keadaan kekurangan sulfur. Tanda-tanda kekurangnya adalah hampir sama, perbezaan utama di antara kedua-duanya adalah daun muda akan kelihatan kuning jika kekurangan sulfur terjadi disebabkan sulfur tidak bergerak di dalam tumbuhan. Jika kekurangan sulfur belaku dan hanya nitrogen yang dibekalkan, ini akan memburukkan lagi keadaan dengan peningkatan nisbah N:S yang tidak seimbang.

Kesan Kekurangan Nutrien Sulfur
Baja Sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K adalah baja sebatian seimbang yang memenuhi keperluan ini untuk meningkatkan hasil buah sawit. Pekebun-pekebun seperti Abdul Wahab Ismail, Tew Han Kiong dan Mat Roslan Abdullah boleh mencapai hasil melebihi 30 tan/perhektar/setahun dengan menggunakan Baja Sawit MPOB F1.