{"id":699,"date":"2015-02-05T13:46:26","date_gmt":"2015-02-05T05:46:26","guid":{"rendered":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/?p=699"},"modified":"2015-02-05T13:46:26","modified_gmt":"2015-02-05T05:46:26","slug":"perosak-sawit-dan-kawalan-berkesan","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/perosak-sawit-dan-kawalan-berkesan\/","title":{"rendered":"Perosak Sawit Dan Kawalan Berkesan"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #333333;\">Pada peringkat awal menanam sawit biasanya terdapat pelbagai jenis perosak yang menyerang tanaman ini. \u00a0Serangan ini boleh berlaku di kawasan yang baru dibangunkan dan juga di kawasan tanam semula. \u00a0Kerosakan tanaman ini adalah disebabkan oleh dua jenis perosak iaitu serangga dan haiwan mamalia.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Serangga perosak utama termasuklah kumbang kaboi, kumbang, badak, anai-anai dan belalang, manakala perosak haiwan mamalia pula adalah tikus, landak, babi hutan, monyet dan gajah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Pengawalan perosak ini adalah penting dan sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal ia akan menyebabkan kerugian yang besar kerana melambatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil. \u00a0Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada tanaman yang baru ditanam.<\/span><\/p>\n<span class=\"\" style=\"display:block;clear:both;height: 0px;padding-top: 20px;border-top-width:0px;border-bottom-width:0px;\"><\/span>\n<p><strong><span style=\"font-size: 24pt; color: #333333;\">Perosak Serangga<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333; font-size: 18pt;\"><strong>Kumbang kaboi<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang kaboi adalah serangga perosak utama anak sawit di tapak semaian dan anak sawit yang baru ditanam di ladang. \u00a0Terdapat dua spesis kumbang kaboi yang menyebabkan kerosakan iaitu kumbang Apogonia dan Adoretus. \u00a0Kumbang Apogonia (<em>Apogonia<\/em> sp.) berwarna hitam manakala kumbang Adoretus (<em>Adoretus compresus<\/em>) berwarna perang dan berbulu halus di badannya. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang dewasa berukuran di antara 10 mm hingga 12 mm panjang dan hanya aktif pada waktu malam sahaja. \u00a0Pada waktu siang, kumbang dewasa ini bersembunyi di dalam tanah. \u00a0Telur perosak ini boleh ditemui di dalam tanah berhampiran pangkal pokok. \u00a0Larva kumbang hidup dengan memakan bahan yang mereput serta akar-akar rumpai. \u00a0<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_701\" style=\"width: 410px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5335.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-701\" class=\"wp-image-701\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5335-300x199.jpg\" alt=\"Kerosakan daun oleh kumbang kaboi\" width=\"400\" height=\"265\" srcset=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5335-300x199.jpg 300w, http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5335.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-701\" class=\"wp-caption-text\">Kerosakan daun oleh kumbang kaboi<\/p><\/div>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kesan serangan ini dapat dilihat di lubang-lubang yang terdapat pada daun sawit. \u00a0Kumbang Apogonia memakan daun dengan lebih luas bermula dari tepi daun manakala kumbang Adoretus memakan bahagian tengah daun dan menyebabkan daun berlubang-lubang dalam bentuk yang lebih kecil.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kawalan yang berkesan untuk mengawal perosak ini adalah dengan menyembur racun <em>trichlorfon<\/em> atau <em>cypermethrin<\/em> pada daun sawit.<\/span><\/p>\n<span class=\"\" style=\"display:block;clear:both;height: 0px;padding-top: 15px;border-top-width:0px;border-bottom-width:0px;\"><\/span>\n<p><span style=\"font-size: 18pt; color: #333333;\"><strong>Kumbang badak<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang badak (<em>Oryctes rhinoceros<\/em>) adalah perosak utama tanaman sawit pada peringkat awal menanam. \u00a0Serangan kumbang ini berlaku dengan teruk sekiranya kawasan tersebut mempunyai tempat pembiakannya seperti tunggul mereput dan bahan organik yang mereput seperti habuk papan, tahi lembu dan tandan buah kosong.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kaedah penanaman semula tanpa pembakaran boleh juga menimbulkan masalah kerana batang sawit yang ditumbang, diracik dan dibiarkan mereput menarik perhatian perosak ini untuk dijadikan tempat pembiakannya. \u00a0Penanaman semula secara tanam bawahan (penanaman semula di bawah pokok sawit tua yang kemudiannya diracun) juga menggalakkan pembiakan serangga perosak ini.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_703\" style=\"width: 410px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Kumbang-Badak.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-703\" class=\"wp-image-703\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Kumbang-Badak-300x205.jpg\" alt=\"Kumbang badak dewasa\" width=\"400\" height=\"273\" srcset=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Kumbang-Badak-300x205.jpg 300w, http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/Kumbang-Badak.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-703\" class=\"wp-caption-text\">Kumbang badak dewasa<\/p><\/div>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang badak dapat dikenali dengan kehadiran tanduknya seperti badak. \u00a0Peredaran hidup kumbang badak adalah di antara lima ke tujuh bulan. \u00a0Tempoh hidup kumbang dewasa betina adalah sembilan bulan dan yang jantannya sehingga enam bulan. \u00a0Kumbang badak jantan dapat dibezakan dengan kumbang badak betina melalui kehadiran tanduknya yang lebih panjang. \u00a0Peringkat larva kumbang ini tidak membayakan pokok sawit. \u00a0Larva ini hidup dalam bahan organik yang mereput.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang dewasa akan menyerang pucuk sawit memnyebabkan lubang yang berbentuk baji. \u00a0Bahagian pucuk yang telah diserang ini akan mereput dan akhirnya patah. \u00a0Kesan daripada serangan ini menyebabkan daun muda yang keluar akan berbentuk seperti kipas pada bahagian hujungya. \u00a0Serangan yang teruk akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut manakala serangan yang sangat teruk akan menyebabkan kematian.<\/span><\/p>\n<div id=\"attachment_702\" style=\"width: 410px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5339.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-702\" class=\"wp-image-702\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5339-300x216.jpg\" alt=\"Kerosakan serius anak sawit oleh kumbang badak\" width=\"400\" height=\"289\" srcset=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5339-300x216.jpg 300w, http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2015\/02\/IMG_5339.jpg 800w\" sizes=\"auto, (max-width: 400px) 100vw, 400px\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-702\" class=\"wp-caption-text\">Kerosakan serius anak sawit oleh kumbang badak<\/p><\/div>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Untuk mengelakkan serangan kumbang badak ini, semua tempat-tempat pembiakannya hendaklah dimusnahkan. \u00a0Penanaman kekacang penutup bumi dapat membantu menutup tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan seperti tunggul kayu dan batang sawit yang tidak boleh dibakar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kawalan kimia serangga perosak ini adalah dengan menyembur racun <em>cypermethrin<\/em> atau pun <em>lambda cyhalothrin<\/em> pada bahagian pangkal pucuk sawit. \u00a0Butiran racun <em>carbofuran<\/em> didapati berkesan untuk mengawal serangan kubang ini sekiranya diletakkan pada bahagian yang sama.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengawal kumbang badak ini adalah dengan mengguna perangkap feromon. \u00a0Feromon adalah sejenis formulasi yang mengeluarkan bau yang menarik kumbang dewasa untuk berkumpul. \u00a0Feromon ini boleh dibeli secara komersil dan diletakkan di tengah perangkap yang mempunyai plat zink yang digantung pada ketinggian 2.5 m &#8211; 3m daripada paras tanah. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kumbang dewasa akan tertarik pada bau ini pada waktu malam dan teperangkap di dalam baldi, dikumpul dan dibunuh. \u00a0Perangkap ini dipasang antara satu hingga dua tahun atau pun sehingga bilangan tangkapan kurang daripada lima kumbang dewasa\/minggu\/perangkap. \u00a0Kadar penggunaan perangkap ini adalah satu perangkap bagi setiap 2 hek atau lebih dan feromon ini boleh tahan selama dua bulan di ladang.<\/span><\/p>\n<span class=\"\" style=\"display:block;clear:both;height: 0px;padding-top: 15px;border-top-width:0px;border-bottom-width:0px;\"><\/span>\n<p><span style=\"color: #333333; font-size: 18pt;\"><strong>Anai-anai<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Anai-anai adalah serangga perosak yang terdapat di kawasan hutan yang baru dibuka untuk penanaman sawit. \u00a0Masalah ini menjadi lebih rumit di kawasan tanah gambut kerana tunggul-tunggul kayu mengalami proses pereputan yang perlahan. \u00a0Pembakaran tidak boleh dilakukan kerana ia akan menyebabkan kebakaran kawasan yang teruk dan malah menyahahi peraturan Jabatan Alam Sekitar. \u00a0Anai-anai akan menyerang pokok sawit apabila tunggul-tunggul kayu menjadi kering kerana paras air di kawasan tanah gambut menurun. \u00a0Serangan dilakukan oleh anai-anai pekerja serta askar dan ia boleh berlaku pada pokok muda dan matang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Serangan anai-anai pada pokok muda dapat dikenalpasti dengan terdapatnya longgokan tanah pada bahagian pangkal pucuk pokok sawit yang baru ditanam. \u00a0Pada peringkat awal, tanah ini kelihatan basah dan akan menjadi kering dari hari ke sehari sehingga keseluruhan pucuk dan batang pokok akan diselaputi dengan lapisan tanah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kesan daripada serangan ini menyebabkan pucuk daun mereput manakala daun-daun muda bertukar menjadi kuning sedangkan daun-daun tua masih hijau. \u00a0Serangan biasanya berlaku selepas 12 bulan anak sawit ditanam di ladang atau kira-kira bunga pertama mula muncul. \u00a0Pada peringkat ini serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada pokok dalam tempoh dua minggu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Seranagan anai-anai pada pokok matang adalah melalui dalam tanah dan memasuki batang sawit melalui bahagian pangkal batang berhampiran tanah. \u00a0Pada bahagian pangkal batang, perosak ini masuk melalui terowong-terowong yang dibina secara menegak. \u00a0Kawasan pembiakan perosak ini amat sukar ditemui kerana ia terletak di dalam tanah di kayu mati, lembab dan hampir reput. \u00a0Pada bahagian batang pokok, laluan perosak masuk ini akan diselaputi lapisan tanah yang masih basah. \u00a0Kesan daripada serangan ini akan menyebabkan pelepah bahagian bawah menjadi kuning manakala tandan tidak menjadi buah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Pengawalan serangga perosak ini adalah dengan menggunakan racun seperti <em>chlorpyrifos<\/em> dengan cara menyiram larutan tersebut pada pangkal batang pokok tersebut. \u00a0Sebanyak 1 hingga 3 liter larutan racun pada kadar 0.2% bahan aktif diperlukan pada setiap pokok. \u00a0Kawalan ini berkesan pada peringkat awal serangan sahaja. \u00a0Pemusnahan sarang pembiakan perosak ini adalah perlu untuk menghentikan serangan kerana ratu anai-anai bertelur dengan kadar yang agak tinggi sehari dalam masa setahun dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teruk di kawasan tanaman tersebut. \u00a0Sarang pembiakan perosak ini perlulah dimusnahkan dengan memecahkannya dan menyiram dengan larutan racun <em>chlorpyrifos<\/em> pada kadar 2 g bahan aktif dalam 1 liter air.<\/span><\/p>\n<span class=\"\" style=\"display:block;clear:both;height: 0px;padding-top: 15px;border-top-width:0px;border-bottom-width:0px;\"><\/span>\n<p><span style=\"color: #333333; font-size: 18pt;\"><strong>Belalang<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Belalang menjadi perosak utama dalam keadaan cuaca yang sesuai di mana populasi perosak ini meningkat. \u00a0Serangan perosak ini bermula dengan kerosakan pada tanaman penutup bumi dan kemudiannya memakan daun sawit yang masih muda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Belalang kunyit (<em>Valanga nigricornis<\/em>) didapati merosakkan tanaman sawit. \u00a0Ia bertelur dalam kelompok di antara 70-100 biji yang ditanam dalam tanah dengan kedalaman 5 mm hingga 8 mm. \u00a0Telur ini akan menetas dalam temph dua bulan dan melalui enam peringkat nimpa sebelum menjadi dewasa dalam tempoh 80 hari.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\">Kawalan yang berkesan untuk perosak ini adalah dengan menanam kekacang penutup bumi untuk mengurangkan kawasan pembiakannya. \u00a0Perosak ini akan bertelur di kawasan yang terbuka dan berpasir. \u00a0Sekiranya serangan telah berlaku racun <em>trichlorfon<\/em> dan <em>chlorpyrifos<\/em> hendaklah disembur pada daun. \u00a0Semasa penyediaan larutan ini, gula boleh juga ditambah di dalam larutan tersebut untuk menarik minat belalang tersebut memakan daun dan seterusnya memakan racun-racun yang telah disembur.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sumbangan: Zulkifli Masijan<\/p>\n<p>Dari: <strong>Berita Sawit<\/strong>, Bil 15\/2000 muka surat 7 &#8211; 9.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada peringkat awal menanam sawit biasanya terdapat pelbagai jenis perosak yang menyerang tanaman ini. \u00a0Serangan ini boleh berlaku di kawasan yang baru dibangunkan dan juga di kawasan tanam semula. \u00a0Kerosakan tanaman ini adalah disebabkan oleh dua jenis perosak iaitu serangga dan haiwan mamalia. Serangga perosak utama termasuklah kumbang kaboi, kumbang, badak, anai-anai dan belalang, manakala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":"","footnotes":""},"categories":[4,7],"tags":[],"class_list":{"0":"post-699","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita","7":"category-maklumat","8":"entry"},"featured_image_src":null,"featured_image_src_square":null,"author_info":{"display_name":"media","author_link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/author\/media\/"},"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=699"}],"version-history":[{"count":6,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":712,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/699\/revisions\/712"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}