{"id":486,"date":"2014-02-10T16:58:43","date_gmt":"2014-02-10T08:58:43","guid":{"rendered":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/?p=486"},"modified":"2015-11-10T16:46:51","modified_gmt":"2015-11-10T08:46:51","slug":"panduan-pembajaan-sawit-untuk-pekebun-kecil-2","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/panduan-pembajaan-sawit-untuk-pekebun-kecil-2\/","title":{"rendered":"Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil (2)"},"content":{"rendered":"<div style=\"width: 611px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" title=\"Tabur baja di kebun sawit\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Tabur-baja.jpg\" alt=\"baja ditabur di semua kawasan kebun sawit\" width=\"601\" height=\"421\" \/><p class=\"wp-caption-text\">Rajah 1: Bagi pokok matang, baja ditabur di semua kawasan kebun<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-size: xx-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Sambungan dari artikel, <\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #ff6600;\"><strong><span style=\"text-decoration: underline; font-size: 18pt;\"><a style=\"color: #ff6600;\" title=\"Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil\" href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/panduan-pembajaan-sawit-untuk-pekebun-kecil-1\/\" target=\"_blank\"><span style=\"text-decoration: underline;\">Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil (1)<\/span><\/a><\/span><\/strong><\/span><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: 16pt; color: #333333;\"><span style=\"color: #ff0000;\"><strong><span style=\"color: #333333;\"><br \/>\n<\/span><\/strong><\/span><\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18pt;\"><strong><span style=\"color: #333333;\">Jenis dan Kadar Penggunaan Baja<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt;\"><span style=\"color: #333333;\">Kerjasama antara MPOB dan syarikat pengeluar baja tempatan telah mengeluarkan dua formulasi baja sebatian yang sesuai digunakan secara umum oleh pekebun kecil yang tidak mendapat kemudahan analisis tanah tanah dan daun. \u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt;\"><span style=\"color: #333333;\">Pertama, baja<\/span> <span style=\"color: #008000;\"><strong><a title=\"Baja Sawit MPOB F1\" href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/baja-sawit-mpobf1\/\" target=\"_blank\"><span style=\"color: #008000;\">MPOB F1<\/span><\/a><\/strong><\/span><span style=\"color: #333333;\"> (10% N, 5.4% P<sub>2<\/sub>O<sub>5<\/sub>, 16.2% K<sub>2<\/sub>O, 2.7% MgO, 0.5% B<sub>2<\/sub>O<sub>3<\/sub>) untuk kegunaan tanah pedalaman. \u00a0Kedua, baja MPOB F2 (10.7% N, 9.1% P<sub>2<\/sub>O<sub>5<\/sub>, 17.3% K<sub>2<\/sub>O, 1.4% MgO, 0.5% B<sub>2<\/sub>O<sub>3<\/sub>) untuk kegunaan tanah pesisir pantai atau lanar laut. \u00a0<\/span><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Pada masa ini, MPOB masih dalam proses mengenal pasti formulasi dan syarikat untuk mengeluarkan baja MPOB F3 bagi kegunaan tanah gambut. \u00a0Sementara menuggu MPOB F3, pekebun kecil di tanah gambut disyor untuk menggunakan baja MPOB F1 dengan tambahan baja tunggal. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Kadar penggunaan baja berkenaan untuk tanah pedalaman, lanar laut dan gambut adalah seperti di <span style=\"color: #ff6600;\"><strong><a style=\"color: #ff6600;\" title=\"Jadual kadar baja\" href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/kadar-baja-sawit-mpob-f1\/\" target=\"_blank\">Jadual 1<\/a><\/strong><\/span>.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18pt;\"><strong><span style=\"color: #333333;\">Kekerapan Membaja<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Bergantung pada umur pokok, kekerapan membaja adalah tiga kali setahun semasa pokok berumur antara satu hingga empat tahun dan dua kali setahun selepas pokok berumur lebih daripada empat tahun.<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18pt;\"><strong><span style=\"color: #333333;\">Perletakan Baja<\/span><\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Penempatan baja yang berkesan bergantung pada umur pokok dan topografi tanah. \u00a0Ini kerana pada prinsipnya baja perlu ditabur di kawasan di mana terdapat akar pemakanan yang banyak dan aktif. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Pokok sawit berumur dua tahun ke bawah, akar pemakanan berada di dalam lingkungan 2 m daripada pangkal pokok. \u00a0Manakala pokok yang berumur tiga hingga lima tahun, akar pemakanan berada dalam lingkungan 4 m dari pangkal pokok. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Oleh yang demikian, bermula dari selepas menanam sehingga pokok sawit berumur satu tahun, baja hendaklah ditabur di bawah kanopi daun. \u00a0Bagi pokok sawit yang berumur antara satu hingga dua tahun, baja ditabur di dalam lingkungan 1.5 &#8211; 2.5 m dari pangkal pokok. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Manakala, bagi pokok berumur antara tiga hingga lima tahun baja ditabur dalam lingkungan antara 1.5 m hingga 4.0 m dari pangkal pokok. \u00a0Syor di atas adalah bagi pokok sawit yang ditanam di tanah rata dan di atas teres. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Bagi pokok matang melebihi umur lima tahun, pertumbuhan akar pemakanan telah berada di seluruh kawasan terutama di dalam kawasan perletakan pelepah (Rajah 1). \u00a0Untuk kawasan tanah rata ke beralun, tabur lebih banyak baja di sepanjang perletakan pelepah dan sedikit di keliling kanopi daun. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Bagi sawit yang ditanam di atas teres, baja boleh terus diletak di keliling pokok dan sepanjang teres bagi mengelakkan kehilangan baja melalui hakisan. \u00a0<\/span><\/p>\n<div style=\"width: 533px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" title=\"Kawasan perletakan pelepah\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2014\/02\/Kawasan-perletakan-pelepah.jpg\" alt=\"tabur baja di  perletakan pelepah\" width=\"523\" height=\"366\" \/><p class=\"wp-caption-text\">Tabur baja di kawasan perletakan pelepah<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Dalam keadaan di mana pokok sawit matang berada di atas tapak tanaman (platform) yang kecil atau teres yang kurang lebar dan sudah terhakis, pekebun kecil boleh menanam baja dengan kedalaman 121 &#8211; 182 cm di beberapa tempat di keliling kanopi daun. \u00a0Alternatif ini adalah lebih baik sekiranya baja ditabur sahaja kerana lebih terdedah kepada hakisan. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Walau bagaimanapun, bagi pokok sawit belum matang, kaedah pembajaan yang berkesan ialah menabur baja di bawah kanopi daun. \u00a0<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\"><span style=\"font-size: 18pt;\"><strong>Masa dan Persediaan Sebelum Membaja<\/strong> <\/span>\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada musim sederhana lembap. \u00a0Musim terlalu kering (kemarau) tidak sesuai kerana baja memerlukan air untuk terurai sebelum ia diserap oleh pokok melalui akar. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Musim yang terlalu basah (hujan) juga kurang sesuai kerana banyak baja akan hilang dilarikan air terutama di kawasan cerun atau melalui larut resap di kawasan tanah rata yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Kawasan yang hendak ditabur baja hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dari semua rumpai kerana rumpai akan bersaing untuk mendapatkan baja dengan pokok sawit. \u00a0<\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"font-size: 18pt; color: #333333;\"><strong>Kesimpulan<\/strong> \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Pembajaan yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil sawit. \u00a0Sekiranya pembajaan dijalankan dengan sempurna dan menggunakan baja yang berkualiti dan seimbang dengan pengurusan ladang yang baik, hasil ladang yang telah sedia tinggi boleh terus dikekalkan dan hasil yang rendah boleh dipertingkatkan. \u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Oleh kerana kos baja pada masa ini agak mahal, pekebun kecil mesti menggunakan baja dengan berhemah melalui pemilihan jenis baja yang sesuai, penggunaan kadar, kekerapan dan perletakan baja yang betul serta menggunakan bahan organik yang terdapat secara percuma atau murah dari kilang sawit untuk pembaikan semula tanah.<\/span><\/p>\n<span class=\"\" style=\"display:block;clear:both;height: 0px;padding-top: 20px;border-top-width:0px;border-bottom-width:0px;\"><\/span>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Sumbangan: Idris bin Omar; Ahmad Tarmizi bin Muhammad dan Zin Zawawi bin Zakaria.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Dari:\u00a0<span style=\"font-size: 18pt;\"><strong>Peladang Sawit<\/strong><\/span>,\u00a0<span style=\"font-size: 16pt;\">Bil. 32\/2006, Muka surat 4-7<\/span>.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Sambungan dari artikel, Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil (1) &nbsp; Jenis dan Kadar Penggunaan Baja Kerjasama antara MPOB dan syarikat pengeluar baja tempatan telah mengeluarkan dua formulasi baja sebatian yang sesuai digunakan secara umum oleh pekebun kecil yang tidak mendapat kemudahan analisis tanah tanah dan daun. \u00a0 Pertama, baja MPOB F1 (10% N, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":"","footnotes":""},"categories":[4,7],"tags":[],"class_list":{"0":"post-486","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita","7":"category-maklumat","8":"entry"},"featured_image_src":null,"featured_image_src_square":null,"author_info":{"display_name":"media","author_link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/author\/media\/"},"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/486","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=486"}],"version-history":[{"count":22,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/486\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":850,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/486\/revisions\/850"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=486"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=486"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=486"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}