{"id":301,"date":"2013-12-21T16:34:03","date_gmt":"2013-12-21T08:34:03","guid":{"rendered":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/?p=301"},"modified":"2015-11-10T16:53:25","modified_gmt":"2015-11-10T08:53:25","slug":"kejayaan-pekebun-kecil-kejayaan-mpob","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/kejayaan-pekebun-kecil-kejayaan-mpob\/","title":{"rendered":"Kejayaan Pekebun Kecil Sawit, Kejayaan MPOB"},"content":{"rendered":"<div style=\"width: 380px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" title=\"peladang jaya di bera\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/Mat-Roslan-1.jpg\" alt=\"pekebun kecil cemerlang di bera\" width=\"370\" height=\"500\" \/><p class=\"wp-caption-text\">Encik Mat Roslan di kebun sawit milik beliau<\/p><\/div>\n<p><span style=\"color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\"><span style=\"font-size: 16pt;\">\u201cHendak Seribu Daya\u201d.\u00a0 Begitulah falsafah atau petua hidup Peladang Jaya kali ini iaitu Encik Mat Roslan Abdullah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang petani.\u00a0 Beliau berusia 39 tahun, telah berumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Puan Anita Ab Aziz.\u00a0 Ibu bapanya yang berasal dari Kelantan telah merantau ke negeri Pahang pada tahun 1960-an untuk mencuba nasib bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.\u00a0 Encik Mat Roslan dilahirkan di Pahang dan kini menetap di Kampung Padang Lua<\/span><span style=\"font-size: 16pt;\">s, Bera.<\/span><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Beliau mula berjinak dalam bidang pertanian setelah mengikut bapanya mengusahakan kebun getah dan dusun sejak di bangku sekolah.\u00a0 Setelah tamat tingkatan lima, Encik Mat Roslan menumpukan sepenuh masa dalam bidang pertanian.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Bermula dengan kebun yang diperoleh melalui bapa Encik Mat Roslan iaitu dengan pemindahan milik tanah pusaka, beliau mula mengusahakan tanaman sawit seluas 3.6 ha yang terletak di Bukit Gemuruh, Bandar Bera, Pahang pada tahun 1998.\u00a0 Sumber anak benih diperoleh daripada tapak semaian lading LKPP Kertau, Maran.\u00a0 Biji benih DxP dibekalkan oleh Pusat Penyelidakan Tun Abd. Razak, Pahang.\u00a0 Jarak tanaman sawit yang digunakan adalah 30\u2019 x 30\u2019 x 30\u2019.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Kebanyakan kerja pengurusan ladang seperti membaja, merumpai dan menuai hasil dilakukan oleh beliau sendiri.\u00a0 Sekiranya beliau tidak berkesempatan atau sibuk dengan urusan perniagaan, maka beliau akan mengupah pekerja bagi melakukan kerja tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Pada tahun 2004, Encik Mat Roslan telah berjumpa dengan pegawai TUNAS Kawasan Bera, meminta tunjuk ajar tentang kaedah yang betul dalam menguruskan ladang dan merekod aktiviti ladang sawit.\u00a0 Jenis baja kimia yang digunakan oleh beliau sekarang adalah baja sawit <span style=\"color: #008000;\"><strong><a style=\"color: #008000;\" href=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/baja-sawit-mpobf1\/\" target=\"_blank\">MPOB F1<\/a><\/strong><\/span>, yang ditabur secara serakan sebanyak 2.5 kg untuk setiap pokok dengan kekerapan sebanyak tiga kali setahun.\u00a0 Sebelum ini, baja yang digunakan di kebun tersebut adalah bercampur-campur.\u00a0 Selain itu, Encik Mat Roslan juga banyak belajar dari pengalaman rakan-rakan yang telah berjaya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Kerja merumpai dilakukan dua kali setahun, memandangkan pokok sawit telah berumur 10 tahun dan daun sawit telah menutupi seluruh kawasan.\u00a0 Kerja merumpai hanya tertumpu kepada anak-anak kayu liar sahaja.<\/span><\/p>\n<div style=\"width: 260px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" title=\"peladang jaya di bera\" src=\"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/Mat-Roslan-2.jpg\" alt=\"pekebun kecil cemerlang\" width=\"250\" height=\"300\" \/><p class=\"wp-caption-text\">Kerja merumpai dijalankan secara berjadual dan hanya anak-anak kayu liar sahaja yang dirumpai bagi mengelakkan saingan baja.<\/p><\/div>\n<p><span style=\"font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Encik Mat Roslan sentiasa memastikan kebun sawit diurus sempurna berpandukan amalan pengurusan pertanian yang baik seperti membaja mengikut kadar yang betul.\u00a0 Kawalan perosak dan penyakit dilakukan terutama apabila terdapat tanda pokok sawit bermasalah.\u00a0 Pusingan penuaian yang diamalkan ialah 14 hari sepusingan bagi memastikan penuaian buah sawit yang cukup masak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Akitiviti pemangkasan pelepah pula dilakukan semasa kerja menuai buah sawit.\u00a0 Amalan pemangkasan ini dilakukan mengikut nasihat pegawai TUNAS.\u00a0 Pelepah yang dipangkas, disusun kemas di lorong pelepah bagi memastikan kerja penuaian dan penyelenggaraan kebun dapat dilakukan dengan lancar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Topografi kebun beliau yang rata dan sedikit beralun memudahkan kerja membaja, menuai dan mengeluarkan hasil.\u00a0 Beliau menggunakan jalan kampung yang sedia ada dan lori sendiri untuk mengangkut hasil buah tandan segar.\u00a0 Hasil sawit beliau dijual kepada peraih yang berdekatan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: x-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Rekod hasil Encik Mat Roslan yang tertinggi adalah pada tahun 2007, iaitu sebanyak 33.86 t\/ha dan beliau telah diberi Anugerah Pekebun Kecil Cemerlang peringkat Semenanjung Malaysia, yang disampaikan oleh Dato\u2019 Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 6 Februari 2008 yang lalu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Terdapat beberapa anugerah lain yang pernah diterima oleh beliau. Antaranya, Anugerah Peladang Jaya Tanaman Integrasi (pisang) dengan getah yang diberikan olen Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2005 dan Anugerah Pekebun Kecil Cemerlang peringkat negeri Pahang tahun 2007 serta Johan Generasi Kedua Terbaik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: x-small; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Anugerah yang diterima membuatkan Encik Mat Roslan lebih bersemangat lagi dalam menjayakan apa yang telah beliau usahakan.\u00a0 Ekoran daripada pendapatan lumayan yang telah diperoleh daripada hasil pertanian, keluasan kebun sawit beliau kini telah bertambah kepada 5 ha.\u00a0 Tanaman sawit beliau telah berumur empat tahun dan mengeluarkan hasil.\u00a0 Beliau juga telah membeli sebidang tanah untuk diusahakan dengan tanaman sawit seluas 16 ha.\u00a0 Ini belum termasuk tanah getah dan dusun yang diturut diusahakan oleh beliau.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: x-small;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Mengakhiri perbualan, beliau menghargai usaha MPOB dengan mewujudkan pegawai TUNAS kawasan bagi mendidik pekebun kecil sawit yang kurang berpengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut.\u00a0 Program pemindahan teknologi sawit perlu diteruskan, memandangkan industri sawit merupakan hasil utama negara dan mempunyai harga tinggi di pasaran.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 16pt; color: #333333;\">Sumbagan: Nursuhana Dahari dan Azlan Azimat<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'times new roman', times; font-size: large; color: #333333;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #333333;\"><span style=\"font-size: 18pt;\">Dari: <strong>Warta Sawit<\/strong>, <\/span><span style=\"font-size: 16pt;\">Bil. 38\/2008, Muka surat 18-19<\/span>.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 \u201cHendak Seribu Daya\u201d.\u00a0 Begitulah falsafah atau petua hidup Peladang Jaya kali ini iaitu Encik Mat Roslan Abdullah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang petani.\u00a0 Beliau berusia 39 tahun, telah berumah tangga dan mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Puan Anita Ab Aziz.\u00a0 Ibu bapanya yang berasal dari Kelantan telah merantau ke negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_genesis_hide_title":false,"_genesis_hide_breadcrumbs":false,"_genesis_hide_singular_image":false,"_genesis_hide_footer_widgets":false,"_genesis_custom_body_class":"","_genesis_custom_post_class":"","_genesis_layout":"","footnotes":""},"categories":[4,8],"tags":[],"class_list":{"0":"post-301","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita","7":"category-cerita-kejayaan","8":"entry"},"featured_image_src":null,"featured_image_src_square":null,"author_info":{"display_name":"media","author_link":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/author\/media\/"},"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/301","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=301"}],"version-history":[{"count":23,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/301\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":854,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/301\/revisions\/854"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=301"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=301"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mpobf1.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=301"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}