MPOB F1 Ditambah Nilai

Kami kini menggunakan baja batuan fosfat (Bayovar Rock Phosphate) sebagai sumber P bagi mengeluarkan baja sawit MPOB F1 dan MPOB F1 Xtra K.  Maklumat lanjut mengenai batuan fosfat reaktif tinggi ini dengan klik link di bawah:

 

1) Fosfat dari Amerika Selatan lebih baik untuk penghasilan sawit

 

2) Perbandingan BRP dengan ERP

 

3) Spesifikasi batuan fosfat Bayovar

 

5 tahun penyelidikan telah dibuat dan keputusan menunjukkan bahawa penggunaan batuan fosfat reaktif yang tinggi boleh meningkatkan hasil kelapa sawit sehingga 11% berbanding dengan batuan fosfat medium reaktif.  Syarikat perladangan seperti Kuala Lumpur Kepong Bhd, Boustead Plantations, Genting Plantations, Tradewinds Plantation dan Felda Global Ventures juga menggunakan baja batuan fosfat Bayovar sebagai baja tunggal.

Tiada baja sebatian yang lain di Malaysia, jika tidak di Asia Tenggara, yang mengandungi batuan fosfat reaktif sumber fosfat yang tinggi didalam larutan sitrik asid sehingga 13.5%.

Dengan memperkenalkan batuan fosfat Bayovar dalam baja sawit MPOB F1, kami mahu membantu pelanggan-pelanggan kami mencapai hasil kelapa sawit yang lebih tinggi.